Isnin, 29 Januari 2018 | 10:13pm
PRESIDEN Chad, Idriss Deby. - Foto Reuters

Pelajar sekolah ditahan, sertai tunjuk perasaan

N'DJAMENA: Lebih 60 pelajar dan kanak-kanak sekolah ditahan, hari ini selepas menyertai tunjuk perasaan membantah tindakan kerajaan Chad memotong gaji guru mereka.

Jurucakap polis, Kolonel Paul Manga, memberitahu AFP, penahanan lebih 60 pelajar itu dibuat oleh skuad jenayah dan ketika rusuhan, beberapa kenderaan turut mengalami kerosakan.

Wartawan AFP yang berada di lokasi berkata, pelajar dan kanak-kanak itu ditahan selepas polis meleraikan perhimpunan menggunakan gas pemedih mata.

"Anggota polis lengkap berpakaian anti rusuhan turut mengawal jalan utama, sekolah dan kolej," katanya.

Tunjuk perasaan itu juga menyebabkan semua sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi, di sini, terpaksa ditutup.

Sebelum ini, kesatuan pendidikan tinggi mencadangkan satu perhimpunan bantahan diadakan susulan pemotongan gaji kakitangan kerajaan pada bulan ini.

Sejak beberapa hari lalu, gaji bulanan kakitangan kerajaan dipotong selepas Akta Bajet 2018 diluluskan, yang turut menyaksikan pemotongan bonus dan elaun. - AFP

212 dibaca
Berita Harian X