;
Ahad, 28 Januari 2018 | 1:03am

14 maut, kelab malam diserang

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya 14 maut dalam kejadian tembakan di kelab, di Fortazela, timur laut Brazil.

Setiausaha Keselamatan Negeri Ceara, Andre Costa, berkata mangsa lain cedera parah dan dimasukkan ke hospital, namun tidak menyatakan jumlahnya.

Jurucakap hospital Institut Jose Frota memberitahu, enam orang, termasuk remaja lelaki berusia 12 tahun, dikejarkan untuk rawatan kecemasan.

Kejadian berlaku pada jam 1.30 pagi waktu tempatan apabila sekumpulan lelaki bersenjata tiba dengan tiga kenderaan di kelab malam Forro do Gago di kawasan kejiranan Cajazeiras di Fortaleza.

"Kejadian amat kejam, pembunuhan beramai-ramai. Sesuatu yang anda tidak pernah saksikan di Ceara," kata pegawai yang enggan dikenali kepada laman web berita G1.

Media tempatan melaporkan, kejadian berpunca daripada perbalahan antara anggota dua kumpulan penyeludupan dadah yang bermusuhan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. - AFP

Berita Harian X