Selasa, 25 April 2017 - 11:02AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Terkini

Selasa, 25 April 2017 - 11:00AM

SEOUL: Kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat (AS) berlabuh di Korea Selatan hari ini, sebagai lambang kekuatan ekoran kebimbangan Korea Utara mungkin menyambut ulang tahun penubuhan angkatan tenteranya dengan pelancaran peluru berpandu atau ujian nuklear, mengingkari tekanan Washington dan China.

Selasa, 25 April 2017 - 10:44AM

LITTLE ROCK: Hakim Amerika Syarikat menangguhkan sementara hukuman mati kedua daripada dua yang dirancang di Arkansas lewat semalam selepas peguam banduan itu berkata hukuman pertama tidak berperikemanusiaan disebabkan kecacatan pada prosedur.

Selasa, 25 April 2017 - 9:34AM

EDINBURGH: Majoriti pengundi Scotland tidak mahu satu lagi pungutan suara untuk merdeka daripada United Kingdom (UK) dan sokongan terhadap pemisahan wilayah itu dilihat kian lemah, menurut tinjauan dilakukan firma Kantar.

Selasa, 25 April 2017 - 9:25AM

THE HAGUE: Peguam Filipina memfailkan kes terhadap Presiden Rodrigo Duterte dan pegawai kanan kerajaan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) semalam, menuduh mereka melakukan jenayah kemanusiaan dalam kempen membasmi dadah di negara itu.

Selasa, 25 April 2017 - 8:45AM

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump, semalam mengenakan sekatan ke atas 271 individu yang dikaitkan dengan sebuah agensi di Syria yang bertanggungjawab menghasilkan senjata bukan konvensional.

Selasa, 25 April 2017 - 7:45AM

LONDON: Ikon muzik pop British, Elton John, mengalami 'jangkitan berpotensi membawa maut', ketika mengadakan konsert jelajah, menyebabkan beliau dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi selama dua malam.

Selasa, 25 April 2017 - 7:33AM

ASUNCION: Seorang anggota polis maut apabila puluhan anggota kumpulan jenayah Brazil meletupkan peti besi mengandungi jutaan dolar semalam, dalam apa yang disifatkan pegawai sebagai 'rompakan abad ini'.

Selasa, 25 April 2017 - 7:21AM

MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico melaporkan trak pikap sebuah syarikat membawa peralatan X-ray industri yang menggunakan bahan radioaktif dicuri di barat laut Mexico.

Selasa, 25 April 2017 - 7:00AM

CARACAS: Tiga lagi penunjuk perasaan terbunuh di barat Venezuela semalam, meningkatkan bilangan angka korban dalam demonstrasi besar-besaran selama tiga minggu itu kepada 24 orang.

Selasa, 25 April 2017 - 6:54AM

SANTIAGO: Gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda pantai barat Chile semalam, menggegarkan ibu kota negara itu dan mencetuskan sekurang-kurangnya dua gegaran susulan yang kuat.

  •  
  • 1 of 1269
  • >
BH Mobile