Khamis, 5 Oktober 2017 | 10:03am
SYARIKAT Alphabet Inc's Google memperkenalkan Pixel Buds baharu, iaitu alat pendengaran yang dikatakan mampu menterjemah perbualan berlainan bahasa dalam waktu sebenar. - Foto AFP
PIXEL Buds boleh digunakan bersama telefon pintar Pixel generasi kedua yang baharu dilancarkan

Google perkenal alat terjemahan baharu

SAN FRANCISCO: Syarikat Alphabet Inc's Google memperkenalkan Pixel Buds baharu, iaitu alat pendengaran yang dikatakan mampu menterjemah perbualan berlainan bahasa dalam waktu sebenar.

Dalam sesi demonstrasi oleh Google ketika memperkenalkan beberapa rangkaian produk baharu dengan 'pembantu' pintar digital semalam, memberi peluang kepada orang ramai untuk menguji keberkesanan alat itu.

Pengunjung yang menguji alat pintar itu mengatakan bahawa ia adalah versi makhluk asing internet watak Babel Fish dalam karya sains fiksyen terkenal The Hitchhiker Guide to the Galaxy.

Dalam karya itu, Babel Fish adalah alat pendengaran yang membolehkan seseorang itu memahami apa juga jenis bahasa yang dituturkan.

Malah, Pixel Buds boleh digunakan bersama telefon pintar Pixel generasi kedua yang baharu dilancarkan.

Selain itu, ia juga mampu menterjemah perbualan dalam waktu sebenar ke dalam mana-mana 40 bahasa.

Pada sesi demonstrasi semalam, orang ramai berpeluang menyaksikan kemampuan Pixel Buds menterjemah perbualan dua hala antara individu yang bertutur dalam bahasa Inggeris dan Sweden.

"Ia adalah satu daripada demonstrasi teknologi terbaik yang pernah saya lihat sejak sekian lama. Jika ia berfungsi di dunia nyata, ia adalah 'wow! kita hidup di masa depan," kata Pengarah Penyelidik Analisa Semasa Pelanggan, Avi Greengart.

Alat pendengaran itu bakal diperkenalkan di pasaran Amerika Syarikat (AS) menjelang bulan depan dan ia dijual pada harga AS$159.00 (RM672.00). - AFP

459 dibaca
Berita Harian X