Selasa, 17 April 2018 | 2:13pm
KUALA LIMPUR 20 OCTOBER 2016. Bursa Malaysia Berhad building at Bukit Kewangan. NSTP/ASYRAF HAMZAH

Bursa Malaysia raih untung akhiri sesi pagi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan keuntungan sehingga tengah hari susulan peningkatan harga penanda aras minyak mentah Brent, selari prestasi bursa serantau.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 3.16 mata lebih tinggi pada 1,881.92 berbanding 1,878.76 pada penutupan Isnin, dengan indeks bergerak antara 1,873.09 dan 1,885.12 di sepanjang pagi.

Indeks utama dibuka 4.65 mata lebih rendah pada 1,874.11.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 425 berbanding 309, manakala 382 kaunter tidak berubah, 789 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.70 bilion unit bernilai RM1.08 bilion.

Bursa tempatan serta bursa serantau memberi reaksi baik ke atas data ekonomi China yang berkembang 6.8 peratus pada suku pertama 2018, melepasi anggaran konsensus 6.7 peratus tahun ke tahun bagi suku berkenaan.

Nikkei Jepun meningkat 0.05 peratus kepada 21,847.27, Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.23 peratus kepada 3,505.14 dan Indeks Komposit Jakarta meningkat 0.11 peratus kepada 6,293.37.

Antara kaunter indeks komposit, Digi.Com, menokok 11 sen kepada RM4.65, PetGas meningkat 42 sen kepada RM18.42, PMetal menambah 19 sen kepada RM5.02, PetDag menokok 68 sen kepada RM26.76 manakala PChem meningkat enam sen kepada RM8.51.

Bagi kaunter aktif, SapNRG menambah 2.5 sen kepada 79 sen, PUC menokok satu sen kepada 26.5 sen, AAX meningkat 1.5 sen kepada 40.5 sen, Nexgram menambah setengah sen kepada 6.5 sen, manakala SKHturun setengah sen kepada 8.5 sen.

Indeks FBM Emas menokok 6.41 mata kepada 13,189.29, Indeks FBMT 100 menambah 4.14 mata kepada 12,982.49 manakala Indeks FBM Emas Shariah meningkat 6.22 mata kepada 13,405.38.

FBM Ace meningkat 48.49 mata kepada 5,622.40, FBM 70 susut 55.27 mata kepada 15,784.49.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 12.69 mata kepada 18,329.81, Indeks Perusahaan menambah 7.13 mata kepada 3,235.56, manakala Indeks Perladangan susut 8.77 mata kepada 8,053.81.

-- BERNAMA

71 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »