Selasa, 13 March 2018 | 9:53am

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini selepas prestasi bercampur-campur semalaman di Wall Street, kata peniaga.

Pada jam 9.30 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,860.33 turun 0.89 mata daripada 1,861.22 pada Isnin.

FBMACE pula berada pada 5,998.67 naik 18.62 mata, dan FBMEmas berada di 13,093.11 turun 17.76 mata.

Indeks utama dibuka 6.14 mata lebih mudah pada 1,855.08.

Terdapat 155 kaunter untung, 250 rugi dan 247 kaunter tidak berubah di Bursa Malaysia.

Perolehan pula pada 373.816 juta saham bernilai RM137.544 juta.

- BERNAMA

107 dibaca
Berita Harian X