Jumaat, 9 March 2018 | 10:15am

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini, dengan sentimen pasaran di lonjakan kenaikan semalaman saham Asia dan data perdagangan kukuh China, selain redanya kebimbangan berhubung kemungkinan tercetusnya perang perdagangan global.

Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,844.56, naik 4.94 mata daripada 1,839.62 penutup Khamis.

Indeks itu dibuka 2.48 mata lebih kukuh pada 1,842.1 pagi ini.

Peniaga berkata, pelabur tempatan menjumpai ketenangan selepas eksport China mencatat pertumbuhan lebih kukuh daripada jangkaan pada Februari, mengisyaratkan kedua-dua ekonomi dan pertumbuhan global kekal berdaya tahan, sungguhpun hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) merosot.

Sementara itu, Kenanga Research dalam satu nota berkata 1,840 mewakili paras halangan penting, yang mana melepasinya akan menyaksikan indeks bergerak lebih tinggi ke arah 1,883.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 224 berbanding 98, manakala 192 tidak berubah, dengan 1,362 tidak didagangkan dan 21 yang lain digantung.

Sejumlah 237.55 juta saham bertukar tangan bernilai RM73.57 juta.

Dalam kalangan kaunter utama, Maybank mendatar pada RM10.46, Public Bank menambah lapan sen kepada RM23.08, manakala Tenaga dan CIMB naik dua sen setiap satu masing-masing kepada RM15.62 dan RM7.15.

Dalam kalangan kaunter aktif, SKH Consortium menambah setengah sen kepada 10 sen, Tiger Synergy tidak berubah pada 3.5 sen dan KUB Malaysia naik tiga sen kepada 53 sen.

Sementara itu, Nova Pharma yang membuat penampilan sulung di Pasaran LEAP pagi ini berada pada 24 sen, mewakili premium empat sen berbanding harga tawaran 20 sen dengan 1,000 saham bertukar tangan. - BERNAMA

171 dibaca
Berita Harian X