;
Rabu, 14 Februari 2018 | 7:50pm

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipacu peningkatan kukuh dalam kebanyakan kaunter berkaitan indeks ditambah dengan angka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2017 Malaysia yang memberangsangkan, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,834.93, meningkat 1.91 mata atau 0.104 peratus, berbanding 1,833.02 ketika ditutup pada Selasa.

Selepas dibuka 2.63 mata lebih tinggi kepada 1,835.65, barometer tempatan itu bergerak antara 1,829.71 dan 1,835.80 sepanjang dagangan hari ini.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 580 berbanding 338, manakala 376 kaunter tidak berubah, 588 kaunter tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.93 bilion saham bernilai RM1.98 bilion, meningkat daripada 1.62 bilion saham bernilai RM2.44 bilion pada Selasa.

Peniaga berkata, FBM KLCI yang lebih positif itu disokong oleh faktor, antaranya angka KDNK bagi setahun penuh dan suku keempat 2017 yang lebih baik berbanding jangkaan, seperti diumumkan Bank Negara Malaysia, selain kenaikan semalaman di Wall Street serta prestasi kukuh bursa serantau.

Bank pusat hari ini mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang pada 5.9 peratus pada setahun penuh 2017 berbanding 4.2 peratus pada 2016.

Indeks FBM Emas naik 21.87 mata kepada 13,071.73, Indeks FBMT 100 bertambah 15.70 mata kepada 12,790.08 dan FBM 70 menokok 27.55 mata kepada 16,001.22.

Indeks FBM Emas Syariah berkembang 10.72 mata kepada 13,374.70 dan FBM Ace meningkat 71.87 mata kepada 6,182.29.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan melonjak 72.37 mata kepada 17,608.04, Indeks​​​​​​​ Perusahaan susut 34.92 mata kepada 3,197.94 dan Indeks Perladangan naik 2.88 mata kepada 7,994.09.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.27 bilion unit bernilai RM1.85 bilion daripada ​​​​​​​1.01 bilion unit bernilai RM2.32 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 310.60 juta saham bernilai RM61.21 juta daripada 25.14 juta saham bernilai RM47.95 juta semalam.

Waran mencatat jumlah dagangan sebanyak 337.42 juta unit bernilai RM64.98 juta berbanding​​​​​​​ 314.22 juta unit bernilai RM67.24 juta pada Selasa.

Barangan pengguna menyumbang 51.23 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (346.27 juta), pembinaan (52.08 juta), perdagangan dan perkhidmatan (601.41 juta), teknologi​​​​​​​ (60.10 juta), infrastruktur (2.69 juta), SPAC (2.94 juta), kewangan (44.27 juta), hotel (365,300), hartanah (80.86 juta), perladangan (27.46 juta), perlombongan (1.21 juta), REIT (6.81 juta) dan dana tertutup (13,000).

Bursa Malaysia akan beroperasi selama setengah hari esok, sebelum ditutup pada Jumaat, sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Bursa tempatan itu akan dibuka semula pada Isnin, 19 Februari 2018.

-- BERNAMA

137 dibaca
Berita Harian X