Jumaat, 12 Januari 2018 | 4:51pm

Harga minyak meningkat lebih AS$70 satu tong

SINGAPURA: Harga minyak meningkat di atas AS$70 satu tong, buat kali pertama sejak 2014 berikutan pelabur menjangkakan pemotongan bekalan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Bagaimanapun, beberapa pelabur memberi amaran bahawa rantau pengguna minyak mentah terbesar dunia, Asia, sedang menunjukkan isyarat pembetulan penurunan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa untuk harga minyak, meningkat lebih 50 peratus sejak pertengahan 2017 dan mencecah AS$70 setong minggu ini, kali pertama sejak Disember 2014.

Purata harga minyak mentah Asia pula bergerak lebih AS$70 satu tong pada Januari.

Peniaga berkata, satu sebab pergerakan harga minyak adalah disebabkan lambakan bekalan produk minyak.

Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, minyak yang diproses menikmati keuntungan lebih tinggi berikutan kejatuhan harga minyak mentah, yang digunakan untuk membuat bahan api seperti diesel atau petrol. - REUTERS

133 dibaca
Berita Harian X