Isnin, 13 November 2017 | 10:07am

Ringgit dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan kekurangan minat terhadap nota tempatan, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, ringgit berada pada 4.1960/1990 berbanding dolar AS daripada 4.1900/1930 penutup Jumaat.

Peniaga berkata, dolar AS mengukuh berbanding beberapa mata wang utama berikutan pelabur kekal tertumpu pada reformasi cukai AS.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding beberapa mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0812/0857 daripada 3.0804/0835 Jumaat tetapi mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6933/6970 daripada 3.6952/6988.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.8883/8923 daripada 4.8855/8899 tetapi mengukuh berbanding pound British kepada 5.5043/5095 daripada 5.5099/5155. - BERNAMA

185 dibaca
Berita Harian X