Jumaat, 13 Oktober 2017 | 7:53am
SAHAM Amerika Syarikat turun Khamis disebabkan penyusutan dalam saham berkaitan perbankan. - Foto AFP

JPMorgan Chase, Citigroup tarik turun Wall Street

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat turun Khamis disebabkan penyusutan dalam saham berkaitan perbankan yang dipengaruhi keputusan suku kewangan JPMorgan dan Citigroup.

AT&T pula susut enam peratus selepas syarikat itu berkata ia kehilangan pelanggan pada suku baharu berakhir.

Dow Jones Industrial Average susut 31.88 mata, atau 0.14 peratus, kepada 22,841.01.

S&P 500 turun 4.31 mata, atau 0.17 peratus, kepada 2,550.93.

Nasdaq Composite turun 12.04 mata, atau 0.18 peratus, kepada 6,591.51.

JPMorgan Chase & Co dan Citigroup Inc berkata mereka memperuntukkan sejumlah wang yang lebih banyak bagi kerugian pinjaman kad kredit pada suku ketiga.

Ini mencetuskan kebimbangan berhubung kredit pengguna.

Saham JPMorgan turun 0.9 peratus manakala Citigroup susut 3.4 peratus. Kedua-dua bank itu menerajui kejatuhan di Wall Street - Reuters

99 dibaca
Berita Harian X