Rabu, 13 September 2017 | 7:23pm

Saham KL akhiri dagangan lebih rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini selepas mencatatkan peningkatan baru-baru ini, seiring dengan kebanyakan bursa serantau lain, berikutan kegiatan pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, kaunter pengguna dan teknologi, kata peniaga.

Ketika ditutup, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.79 mata dan berakhir pada 1,786.07 selepas bergerak antara 1,785.50 dan 1,793.22.

Ia dibuka 0.48 mata lebih rendah pada 1,789.38 berbanding 1,789.86 semasa ditutup pada Selasa.

Pasaran dalam lingkungan negatif dengan saham rugi mengatasi saham untung pada 480 berbanding 385 dengan 387 kaunter tidak berubah, 581 tidak diniagakan manakala 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.70 bilion unit bernilai RM1.85 bilion daripada 3.66 bilion unit bernilai RM2.26 bilion pada Selasa.

Mendahului saham rugi, Nestle turun 48 sen kepada RM85, Genting Malaysia kurang 15 sen kepada RM5.75, Hartalega menyusut 31 sen kepada RM6.39, Dutch Lady susut 30 sen kepada RM59 manakala Globetronics berkurangan 23 sen kepada RM6.34.

Mencecah paras tertinggi baharu dalam 10 tahun setelah meraih faedah daripada paras tertinggi di Wall Street, beberapa indeks saham wajaran tinggi pasaran pesat membangun di Asia menyusut, terutamanya dalam saham berkaitan Apple, kata seorang peniaga.

Apple yang melancarkan iPhone X pada Selasa pada harga AS$999 (RM4,185.81), bagaimanapun berkata model baharu berkenaan tidak akan diedarkan sehingga November, meskipun model baharu iPhone biasanya akan diadakan jualan pada akhir September.

Peniaga itu berkata, pelabur juga bimbang dengan kemungkinan kemunculan semula ketegangan di semenanjung Korea selepas Presiden AS Donald Trump baru-baru ini menyifatkan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Korea Utara sebagai "langkah kecil".

Di peringkat serantau, di Jepun, Nikkei 225 naik 0.45 peratus kepada 19,865.82, di Hong Kong pula, Hang Seng susut 0.29 peratus kepada 27,89.95, pasaran Korea Selatan, Kospi merosot 0.22 peratus kepada 2,360.18 manakala indeks Singapore Straits Times turun 0.22 peratus kepada 3,228.73.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan TNB kekal, masing-masing pada RM9.70 dan RM14.58, Public Bank susut empat sen kepada RM20.58 manakala Sime Darby naik satu sen kepada RM9.14.

Antara saham aktif, D.B.E. Gurney menokok setengah sen kepada 3.5 sen, Sino Hua-An menambah 1.5 sen kepada 25.5 sen, Trive Property menokok dua sen kepada 13 sen manakala MQ Technology susut satu sen kepada 7.5 sen.

Indeks FBM Emas berkurangan 39.28 mata kepada 12,708.45, Indeks FBMT 100 menyusut 41.56 mata kepada 12,370.27 dan FBM Ace turun 15.03 mata kepada 6,727.02.

Indeks FBM Emas Syariah kurang 27.68 mata kepada 12,920.35 manakala FBM 70 turun 108.79 mata kepada 15,165.40.

Mengikut sektor pula, Indeks Perdagangan naik 37.61 mata kepada 7,984.57, Indeks Perusahaan susut 2.75 mata kepada 3,239.50 manakala Indeks Kewangan turun 26.18 mata kepada 16,816.73.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.77 bilion saham bernilai RM1.67 bilion daripada 1.44 bilion saham bernilai RM1.96 bilion pada Selasa.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan menyusut kepada 783.61 juta unit bernilai RM158.31 juta daripada 2.04 bilion unit bernilai RM275.96 juta yang dicatatkan semalam.

Waran susut kepada 134.75 juta saham bernilai RM17.11 juta daripada 176.47 juta saham bernilai RM22.55 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menguasai 286.68 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (464.15 juta), pembinaan (86.32 juta), dagangan dan perkhidmatan (512.19 juta), teknologi (207.53 juta), infrastruktur (3.40 juta), SPAC (221,200), kewangan (39.23 juta), hotel (5.62 juta), hartanah (128.59 juta), perladangan (36.36 juta), perlombongan (67,200), REIT (3.70 juta), dan tertutup/dana (7,900). - BERNAMA

78 dibaca
Berita Harian X