Rabu, 13 September 2017 | 8:27am

Wall Street ditutup pada rekod tertinggi

NEW YORK: Indeks utama Wall Street mencatat paras penutupan tertinggi Selasa, dengan saham kewangan menerajui kenaikan, tetapi kenaikan terbantut oleh penyusutan dalam saham Apple Inc selepas ia mendedahkan barisan baharu iPhone.

S&P 500, Dow Jones industrials dan Nasdaq Composite mencatat rekod penutupan tertinggi.

Dow Jones Industrial Average menokok 61.49 mata, atau 0.28 peratus, kepada 22,118.86, S&P 500 menambah 8.37 mata, atau 0.34 peratus, kepada 2,496.48 dan Nasdaq Composite menambah 22.018 mata, atau 0.34 peratus, kepada 6,454.28.

Kebimbangan berhubung impak Hurricane Irma mulai reda berikutan ia kini dikategorikan sebagai ribut tropika.

Saham Apple ditutup 0.4 peratus lebih redah pada AS$160.86 selepas naik setinggi AS$163.96 susulan pendedahan edisi ulang tahun ke-10 iPhone.

Sektor kewangan muncul pemacu kenaikan indeks S&P, menokok 1.2 peratus, dibantu lonjakan 1.8 peratus dalam sektor kecil perbankan. - Reuters

107 dibaca
Berita Harian X