Rabu, 9 Ogos 2017 | 10:39pm

Wall Street susut

NEW YORK: Saham Wall Street susut pada sesi dagangan awal hari ini di tengah-tengah kegusaran berhubung perang Amerika Syarikat - Korea Utara.

Ekuiti AS juga terjejas dengan kejatuhan saham Disney yang susut berikutan keputusan kewangan yang mengecewakan.

Presiden AS, Donald Trump dalam akaun Twitter berkata senjata nuklear AS kini "lebih kuat daripada sebelumnya" sekali gus menjadi satu amaran baharu kepada Korea Utara berhubung ujian peluru berpandu.

Korea Utara juga meningkatkan ketegangan dalam konflik berkenaan dengan berkata ia mempertimbang untuk melancarkan peluru berpandu berhampiran pangkalan strategik ketenteraan AS di Guam.

Sekitar 15 minit didagangkan, Purata Perindustrian Dow Jones berada pada 22,027.25, susut 0.3 peratus.

Indeks S&P 500 susut 0.4 peratus kepada 2,466.18, sementara Indeks Komposit Nasdaq jatuh 0.8 peratus kepada 6,320.72.

Penganalisis berkata, segelintir pelabur juga sedang mengintai peluang untuk melupuskan kepentingan berikutan penilaian yang lebih tinggi. - AFP

148 dibaca
Berita Harian X