Isnin, 17 Julai 2017 | 7:15pm
KUALA LUMPUR 16 MAY 2016. A sillhoute of people looking at screen of LKL International Berhad listing on main market of Bursa Malaysia Securities Berhad at Bursa Malaysia. NSTP/ HAFIZ SOHAIMI[FOTO HAFIZ SOHAIMI /BH]

Belian saat akhir tolak naik indeks

KUALA LUMPUR: Pembelian saat akhir dalam kaunter perdagangan dan perkhidmatan menolak naik Bursa Malaysia untuk ditutup lebih tinggi sedikit hari ini, selepas jatuh ke kawasan negatif pada sesi petang.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup pada 1,755.19, naik 0.19 mata selepas bergerak antara 1,752.78 dan 1,759.52 sepanjang hari.

Indeks itu ditutup 4.12 mata lebih tinggi pada 1,759.12 pada 9 pagi daripada 1,755.00 penutup Jumaat.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 441 berbanding 417, dengan 371 kaunter tidak berubah, 554 tidak didagangkan dan 22 yang lain digantung.

Sejumlah 2.04 bilion saham bertukar tangan bernilai RM1.71 bilion daripada 2.37 bilion saham bernilai RM1.91 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Dalam kalangan kaunter utama, Axiata menambah empat sen kepada RM4.64, Maxis naik tiga sen kepada RM5.53 manakala Genting Malaysia dan Wesports menokok dua sen setiap satu masing-masing kepada RM5.76 dan RM3.71. - BERNAMA

Berita Harian X