Khamis, 17 Mei 2018 | 5:46pm

MPOB terima Anugerah Jenama Negara BrandLaureate 2017-2018

KUALA LUMPUR: Yayasan Jenama Asia Pasifik (APBF) memilih Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sebagai antara penerima Anugerah Penjenamaan Negara BrandLaureate 2017-2018.

Dalam satu kenyataan, MPOB berkata, anugerah berprestij itu disampaikan awal bulan ini oleh Pengerusi APBF, Tan Sri Rainer Althoff, kepada Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din, pada jamuan malam yang berlangsung di Kuala Lumpur.

"MPOB memain peranan penting dalam membangunkan industri kelapa sawit Malaysia dengan memperkenalkan teknologi dan inovasi baharu alam aktiviti huluan, pertengahan dan hiliran sektor itu sehingga kini, MPOB telah membangunkan lebih daripada 600 teknologi yang menyumbang kepada pembangunan industri.

"Menerusi penyelidikan dan inovasi MPOB, Malaysia muncul sebagai peneraju industri kelapa sawit global dari segi kemajuan teknologi dan membangunkan amalan terbaik dalam pengeluaran, pemprosesan dan produk hiliran," katanya. - BERNAMA

211 dibaca
Berita Harian X