Khamis, 7 September 2017 | 10:02pm
PENGARAH tonton, Pelesenan dan Pembarangan Media Prima, Airin Zainul. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

tonton tawar Outdoor Channel Asia mulai Oktober

KUALA LUMPUR: Penyiar kandungan 'over-the-top' (OTT) Media Prima Television Network, tonton akan menawarkan Outdoor Channel Asia bermula awal Oktober ini.

Pengarah tonton, Pelesenan dan Pembarangan Media Prima, Airin Zainul berkata, seramai tujuh juta pelanggan akan memperoleh akses kepada saluran berkenaan yang mengkhusus kepada program gaya hidup dan hiburan.

"Ia boleh diikuti di seluruh dunia oleh lebih 45 juta isi rumah, termasuk hampir 10 juta di Asia," katanya di sini, hari ini.

Outdoor Channel Asia akan memuatkan aksi riadah eksklusif, pengembaraan dan ketahanan diri dari sudut pandangan personaliti gaya hidup luar.

Airin berkata tonton menawarkan saluran linear dan lebih 30,000 jam kandungan video premium dan ulangan.

"Menerusi lebih tujuh juta pengguna setakat ini, 80 peratus daripada penawaran kami membabitkan kandungan tempatan, dan kami akan terus menambah lebih 22,000 ahli baharu setiap minggu," katanya.

120 dibaca
Berita Harian X