Rabu, 14 March 2018 | 7:04pm
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (tengah) melihat dokumen selepas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Noor Fadzil Mohamed Nor (dua kanan) dan Pengerusi Eksekutif T7 Global Berhad, Datuk Seri Nik Norzrul Thani (kiri) bertukar dokumen pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara EPIC Berhad, T7 Global Berhad dan CMC Engineering Sdn Bhd untuk Kolobrasi dan Kerjasama dalam Projek Pembangunan Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) di Wisma Darul Iman. - Foto Rozainah Zakaria

T7 Global jalin MoU projek ECRL

KUALA LUMPUR: T7 Global Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalin usaha sama dengan Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) dan CMC Engineering Sdn Bhd membabitkan pembinaan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat perkhidmatan kejuruteraan itu berkata mereka merancang untuk melaksanakan pembinaan bagi bahagian Terengganu.

MoU itu sah untuk tempoh 12 bulan, dan mungkin boleh dilanjutkan menerusi persetujuan bersama secara bertulis oleh pihak yang terbabit," katamya.

"MoU itu dijangka tidak memberi kesan secara material ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham nisbah hutang, modal saham dan pemegangan oleh pemegang saham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018," katanya.

Dalam makluman berasingan, T7 Global mengumumkan ia sudah menamatkan MoU yang ditandatangan pada 20 Oktober 2017, dengan EPIC, CMC dan China State Construction Engineering (M) Bhd, anak syarikat pembinaan dan konglomerat hartanah terbesar China, bagi menjalin usaha sama dalam projek pembinaan ECRL.

-BERNAMA

536 dibaca
Berita Harian X