Selasa, 13 Februari 2018 | 3:38pm
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin. - Foto Salhani Ibrahim

PETRONAS perbaharui kontrak Wan Zulkiflee

KUALA LUMPUR: Kontrak Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS diperbaharui untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 1 April 2018.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Wan Zulkiflee mempunyai pengalaman yang luas dalam industri minyak dan gas negara, dan beliau telah berkhidmat dengan syarikat minyak dan gas nasional itu selama lebih daripada tiga dekad.

"Pengalaman meluas Wan Zulkiflee serta kejayaan beliau memimpin Petronas mengharungi pelbagai cabaran dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini akan memastikan Petronas terus menunjukkan prestasi yang cemerlang, seterusnya menyumbang kepada kemakmuran rakyat dan negara," kata syarikat itu.

Wan Zulkiflee mula dilantik memegang jawatan berkenaan pada 1 April 2015.

-BERNAMA

303 dibaca
Berita Harian X