Selasa, 12 September 2017 | 9:46pm

Boustead Holdings terbit sukuk RM500j

KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd (BHB) menerbitkan Nota Jangka Sederhana Islam bernilai RM500 juta, buat kali pertama di bawah Program Sukuk dengan tempoh 10 tahun.

BHB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata ia sudah memeterai perjanjian Program Sukuk itu pada 25 Ogos 2017.

Program Sukuk itu adalah satu program yang tidak diberi penarafan, dilaksanakan di bawah Panduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengenai Produk Pasaran Modal Tidak Tersenarai di bawah Rangka Kerja Kemuka dan Lancar.

"Keuntungan yang dikumpulkan daripada terbitan pertama akan digunakan bagi membiayai semula pinjaman/pembiayaan, pembiayaan akaun rizab untuk memenuhi keperluan baki minimum di bawah syarat-syarat Program Sukuk termasuk membayar yuran dan perbelanjaan yang berkaitan dengan program berkenaan," katanya. - BERNAMA

144 dibaca
Berita Harian X