Jumaat, 28 Julai 2017 | 9:05pm
ORANG ramai hadir pada siri pameran rekaan hiasan dalaman dan kelengkapan rumah, Home Decor & Design (HOMEDEC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada), Johor Bahru. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Pameran HOMEDEC 3 hari hingga Ahad

JOHOR BAHRU: Siri pameran rekaan hiasan dalaman dan kelengkapan rumah, Home Decor & Design (HOMEDEC), diadakan selama tiga hari sehingga Ahad, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada), dekat sini.

Pameran anjuran C.I.S Network Sdn Bhd itu memberi pilihan kepada orang ramai untuk mendapatkan pelbagai kelengkapan rumah dan produk berkaitan ubah suai serta rekaan kediaman di bawah satu bumbung termasuk kabinet dapur, sistem keselamatan rumah, peralatan elektrik, landskap dan taman serta model kediaman pintar.

HOMEDEC dalam kenyataannya memaklumkan, pameran tiga hari tu menyediakan banyak pilihan produk inovatif, rekaan terbaru dan mengikut trend terkini, selain penjimatan sehingga 70 peratus dan tawaran istimewa yang sebelum ini tidak diperoleh daripada bilik pameran lain.

HOMEDEC turut menampil ciri khas berskala sebenar iaitu bagi 'Kids Living and Design' yang sememangnya peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh ibu dan ayah bagi mendapatkan idea rekaan dan inspirasi untuk bilik anak mereka.

Sempena program itu, turut diadakan pelbagai aktiviti menarik dan peraturan mewarna untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun dengan hadiah menarik.

Pameran HOMEDEC diadakan setiap tahun di bandar utama termasuk di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Johor Bahru dengan pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM400,000 termasuk wang tunai, jongkong emas dan pelbagai produk menarik.

Pengunjung juga berpeluang mendapat khidmat nasihat secara terus bersama perunding kediaman yang akan berkongsi idea bersama pemilik kediaman.

337 dibaca
Berita Harian X