Khamis, 11 Oktober 2018 | 4:23pm
Pratonton media kedua untuk Proton X70 memperkenalkan sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI). - Foto NSTP
Pratonton media kedua untuk Proton X70 memperkenalkan sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI). - Foto NSTP
Pratonton media kedua untuk Proton X70 memperkenalkan sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI). - Foto NSTP

Jumlah tempahan Proton X70 memberansangkan

PETALING JAYA: PROTON Holdings Bhd (PROTON) yakin model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya, X70, akan terus menerima susulan jumlah tempahan untuk model itu kini memberansangkan.

PROTON, bagaimanapun, enggan mendedahkan jumlah tempahan yang diterima serta harga untuk model baharu itu dan akan mengumumkannya pada masa sesuai.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Abdul Rashid Musa, berkata PROTON juga akan akan membuka saluran tempahan baharu menerusi dalam talian untuk memudahkan bakal pembeli membuat tempahan pada masa akan datang.

“Maklum balas dan angka tempahan sangat baik, justeru kami akan mengumumkannya nanti. Angkanya amat memberansangkan.

“Saluran tempahan menerusi dalam talian akan mula beroperasi pada 17 Oktober ini. Ini membolehkan pelanggan melakukan tempahan dengan lebih mudah,” katanya pada majlis pratonton Proton X70, di sini, hari ini.


Pratonton media kedua untuk Proton X70 memperkenalkan sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI). - Foto NSTP

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (depan tujuh, kiri) bergambar bersama kumpulan pertama pembekal tempatan dan rakan kongsi luar negara selepas menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian kerjasama di Proton City hari ini. Turut hadir Pengerusi Proton Datuk Seri Syed Faisal Albar (depan tujuh, kanan). - Foto BERNAMA

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

Pada majlis itu, PROTON turut memperkenalkan sistem interaksi kokpit pintarnya yang pertama iaitu GKUI.

GKUI membolehkan pemandu berinteraksi dengan kenderaan terbabit untuk mengubah beberapa tetapan mengikut kesesuaian seperti tahap penghawa dingin, suara audio dan juga navigasi menerusi arahan suara (voice command).

Buat masa ini, GKUI hanya diprogramkan dalam bahasa Inggeris dan PROTON kini dalam proses membangunkan sistem itu untuk menambah bahasa Thailand dan Indonesia.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, model hasil kerjasama dengan Geely itu dijana dengan enjin 1.8 liter Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI) yang menghasilkan kuasa 181 hp dan tork 285Nm pada 1,500 rpm.

PROTON berkata, model itu mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dengan catatan masa 10.5 saat.

Selain itu, terdapat tiga pilihan mod pemanduan iaitu Normal, Eco dan Sport. Setiap mod itu akan menyaksikan perubahan warna pada bahagian meter - warna putih untuk mod normal, Eco (hijau) dan Sport (merah).

Dari segi keselamatan, ia mempunyai Sistem Bantuan Pemanduan Canggih seperti brek kecemasan automatik (AEB), amaran pelanggaran hadapan (FCW), kawalan pemanduan (cruise control) adaptif (ACC), amaran pertukaran lorong (LDW), sistem maklumat titik buta (BLIS) dan kawalan lampu tinggi (high beam) pintar (HBC).

Selain itu, ia juga dilengkapi kawalan kestabilan elektrik (ESC) merangkumi sistem brek anti kunci (ABS), pengedaran tekanan brek elektronik (EBD) dan bantuan brek (BA) serta bantuan kawalan cerun (HHA) dan kawalan turun cerun (HDC).

2308 dibaca
Berita Harian X