Selasa, 17 April 2018 | 2:22pm
MASERATI Ghibli 2018.

Kemunculan bergaya Maserati Ghibli 2018

NAZA Italia, pengimport dan pengedar sah jenama Maserati di Malaysia memperkenalkan Maserati Ghibli 2018 untuk pasaran domestik.

Tampil dengan gaya baharu serta penambahan teknologi tinggi, model baharu itu didatangkan dengan dua kemasan yang mengetengahkan reka bentuk serba mewahnya serta prestasi tinggi selari dengan jenama Maserati.

Menurut Naza, selepas empat tahun mencatat kejayaan di pasaran antarabangsa dan domestik, luaran Ghibli menerima penggayaan semula untuk memberi penampilan lebih sporty dan bergaya.

"Kekal dengan DNA model itu, model baharu Ghibli menawarkan prestasi pada tahap tertinggi serta pengalaman pemanduan yang lebih selesa.

"Penggemar Maserati di Malaysia pasti teruja dengan tawaran terbaru Maserati ini," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Lebih ringan berbanding Quattroporte

Ghibli baharu yang membuat penampilan sulungnya di Frankfurt Motorshow 2017, berkongsi asas seni binanya dari segi casis, suspensi, susun atur, enjin V6 dan transmisi automatik ZF lapan kelajuan seperti Maserati Quattroporte, namun 293 milimeter lebih pendek dan 50 kilogram (kg) lebih ringan.

Pengagihan berat kenderaan itu menerusi suspensi double-wishbone depan dan multilink belakang serta Limited-Slip Differential (LSD) turut menjamin kawalan mantap yang mana menjadi tumpuan bagi model Maserati.

Malah, ia juga menerima penarafan lima bintang Program Penilaian Kereta Baharu Euro (Euro NCAP) bagi ciri keselamatan yang ditawarkan.

Pakej ADAS baharu

Ghibli 2018 turut didatangkan dengan pakej baharu Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang merangkumi Adaptive Cruise Control dengan Stop & Go, Blind Spot Alert, Lane Departure Warning, Forward Collison Warning dengan Advanced Brake Assist dan Automated Emergency Braking. Selain itu, ia juga menawarkan Surround View Camera pada kombinasi pakej ADAS berkenaan.

Kecekepan aerodinamik bagi Ghibli baharu itu turut ditambah baik sebanyak tujuh peratus, mengurangkan koefisien seretan (drag coefficeint) kepada 0.29 daripada 0.31 pada 2017.

Semua model Ghibli versi petrol dihasilkan oleh Ferrari di Maranello dan mempunyai enjin V6 3.0 liter Twin Turbu Euro 6, yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan ZF.

Kuasa lebih mantap

Versi teratas Ghibli S kini mampu menghamburkan kuasa 430 hp dan 580 tork maksimum, tambahan 20 hp dan 30 Nm berbanding model 2017.

Penambahan kuasa itu membolehkan Maserati sedan sports berkenaan untuk mencapai kelajuan maksimum 286 kilometer sejam (km/h) dan pecutan 0 hingga 100km/h dengan catatan masa 4.9 saat.

Ghibli dan Quattroporte adalah model Maserati pertama untuk mengadaptasi sistem Integrated Vehicle Control (IVC) oleh Bosch untuk mencegah ketidakstabilan kenderaan, menawarkan keselamatan aktif yang ditambah baik, tingkatkan dinamik pemanduan dan menghasilkan prestasi mantap.

Ghibli standard dan Ghibli GranLusso baharu turut mempunyai ciri reka bentuk sama manakala Ghibili GranSport menampilkan gaya yang lebih sporty pada luarannya.

Ghibli dijual pada harga RM618,000 bagi model standard manakala GranLusso dan GranSport masing-masing djual pada harga RM668,800.

Sementara itu, Ghibili S dijual pada harga RM718,800 bagi model standard manakala GranLusso dan Gransport dijual pada harga RM768,800.

INFO

Maserati Ghibli

  • Harga tanpa insurans: Ghibli (Standard - RM618,000, GranLusso dan GranSport - RM668,000), Ghibli S (Standard RM718,000, GranLusso dan GranSport - RM768,000)
  • Kuasa Maksimum (hp/rpm): Ghilbi (350/5,500), Ghibli S (430/ 5,750)
  • Tork Maksimum (Nm/rpm): Ghibli (500/4,500), Ghibli S (580/2,250 - 4,000)
  • Pecutan 0-100km/h: Ghibli (5.5 saat), Ghibli S (4.9 saat)
  • Kelajuan Maksimum: Ghibli (267km/h), Ghibli S (286km/h)
  • Kotak Gear: 8-kelajuan ZF automatik AT8 - HP70
  • Transmisi: RWD dengan Limited-Slip Differential
  • Suspensi: Depan (double wishbone, anti-roll bar), belakang (multi-Link, anti-roll bar)
  • Panjang, lebar dan ketinggian (mm): 4,971 / 1,945 / 1,461

216 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »