Isnin, 5 March 2018 | 7:00am
MENAMPILKAN wajah lebih garang dan sporty.

Yamaha YZF-R25 2018 dengan dua warna baharu

HONG Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) baru-baru ini memperkenalkan dua warna baharu bagi model Yamaha YZF-R25 keluaran 2018.

Warna hitam dan biru serta kemasan baharu yang disertakan pada model itu memaparkan wajah yang lebih garang, sesuai bagi mereka inginkan gaya yang lebih sporty.

Lebih menarik, harganya masih kekal sama pada RM20,630 (termasuk GST) tanpa insurans.

YZF-R25 adalah sebuah motosikal sports yang menggunakan enjin dua silinder 250cc DOHC dan menawarkan tunggangan lincah berdasarkan binaan badan serba ringan serta pusat graviti rendah.

Prestasi mengagumkan

Seperti mana motosikal berkuasa 250cc yang lain, pecutan kuasanya juga mengagumkan dengan kuasa kilasan 22.6 Nm pada 10,000 rpm dengan mengambil beberapa saat untuk mencapai 100 kilometer sejam (km/j).

Pengendalian klac jenis Pegas Gegelung Multiplate Empar Basar dan gear jenis Balikan yang ringan turut memudahkan penunggang untuk mengendalikan jentera terbabit.

Malah, penggunaan cakera hidraulik pada sistem brek depan dan belakang yang masing-masing dual dan piston tunggal, sememangnya menambahkan lagi keyakinan penunggang untuk memecut atau mengharungi laluan sempit.

Dari segi saiznya, ia mempunyai panjang keseluruhan 2,090mm dan lebar 720mm manakala berat basahnya dicatatkan 166 kilogram.

Yamaha YZF-R25

  • Enjin: 249 cc, dua silinder, empat lejang, DOHC, 8 injap, suntikan bahan api
  • Transmisi: Enam kelajuan, klac basah
  • Kuasa maksimum: 36hp @ 12,000rpm
  • Tork maksimum: 22.6Nm @ 10,000rpm
  • Suspensi Depan: Teleskopik
  • Suspensi Belakang: Monocross
  • Brek hadapan: Cakera Hidraulik, Dwi Omboh (Dual Piston)
  • Brek belakang: Cakera Hidraulik, Piston Tunggal
  • Saiz rim: 17 inci
  • Berat: 166kg
3117 dibaca
Berita Harian X