Ahad, 14 Januari 2018 | 7:00am
VGT AT Premium berharga RM123,988, ASX Adventure edisi khas RM116,300.

Varian baharu Triton untuk pasaran tempatan

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, memperkenalkan varian baharu bagi Triton VGT iaitu Triton VGT AT Premium dan edisi khas ASX Adventure untuk pasaran tempatan.

Triton VGT AT Premium yang baru dikenalkan pada barisan model Triton terletak di antara  VGT AT GL dan VGT Adventure X, sememangnya sesuai bagi mereka yang inginkan trak 'pick-up' dengan harga mampu milik untuk kegunaan harian.

Diletakkan pada harga RM116,300 (tidak termasuk insurans), ia didatangkan dengan reka bentuk tayar aloi baharu 17 inci, kerusi kulit dan kamera undur yang disertakan panduan. 

Pemanduan selesa dan lebih selamat

Dikuasakan dengan enjin turbodiesel 2.4 liter MIVEC dengan teknologi Variable Valve Timing yang dipadankan dengan Variable Geometry Turbo (VGT), ia mampu menghasilkan kuasa 181 (PS) dan 430 Nm tork.

Dari segi keselamatan, Trition VGT AT Premium dilengkapi Electronic Brake-force Distribution (EBD), bantuan brek (BA), Active Stability dengan Traction Control serta Hill-Start Assist (HSA) dan Trailer Stability Asists (TSA) bagi pemanduan lebih selamat, di samping waranti lima tahun.

ASX Adventure hanya 60 unit

Bagi ASX Adventure, ia hanya terhad kepada 60 unit yang menampilkan beberapa penambahan dari segi penampilan luaran dan juga dalaman.

Model SUV kompak itu didatangkan gril dengan rekaan baharu serta panel yang lebih besar berbanding susunan bertingkat pada rekaan model biasa. 

Di bahagian dalaman, kemasan warna biru menghiasai kebanyakan tempat, disertakan tempat duduk kulit dan pedal jenis aluminium membuatkan ia kelihatan lebih sporty.

Berdasarkan model ASX2.0L 2WD, edisi Adventure ini hanya ditawarkan warna Sporty Blue Metallic dan dijual pada harga RM123,988.

INFO
Model Trition kini mempunyai enam varian (Harga tidak termasuk insurans)

  • VGT Adventure X (RM126,990)
  • VGT AT Premium (RM116,300)
  • VGT AT GL (RM103,800)
  • VGT MT (RM93,920)
  • MT (RM93,920)
  • Quest (RM77,390)
  • ASX Adventure

  • Ditawarkan terhad 60 unit
  • RM123,988
804 dibaca
Berita Harian X