Ahad, 13 Ogos 2017 | 4:40pm
Toyota C-HR diserbu orang ramai di Toyota Gazoo Racing Festival yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang yang berakhir hari ini.

Toyota C-HR tarik perhatian pengguna Pulau Pinang

BATU KAWAN: UMW Toyota Motor Sdn Bhd menyemarakkan acara Toyota Gazoo Racing Festival apabila mempamerkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, C-HR.

Dua hari dipamerkan di perkarangan Stadium Batu Kawan di sini bermula semalam, SUV yang dijangka diperkenalkan tahun depan di pasaran Malaysia, diserbu orang ramai bagi melihat model berkenaan secara lebih dekat.

"Berdasarkan butiran yang dikeluarkan UMW Toyota, spesifikasi C-HR untuk pasaran Malaysia ditawarkan dengan enjin 1.8 liter Dual VVT-i yang digabungkan dengan transmisi automatik CVT," kata seorang pegawai UMW Toyota Motor di sini hari ini.

Antara fungsi lain yang akan diterima bagi pasaran tempatan adalah lampu depan 'follow-me-home'; dan amaran lintasan trafik belakang.

Berdasarkan unit yang dipamerkan, ia tampil dengan paparan 4.2 inci, lampu projektor halogen dengan lampu nyalaan siang LED, pendingin hawa automatik dwi zon, roda aloi 17 inci dan tempat duduk fabrik.

Pulau Pinang adalah destinasi kedua selepas bilik pameran Toyota di Seksyen 19, Petaling Jaya.Selepas ini, C-HR akan dipamerkan di bilik pameran Toyota di Subang Jaya showroom, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid dan beberapa lokasi di seluruh negara.

Info: Pameran Toyota C-HR

  • Bilik pameran Toyota Seksyen 19, Petaling Jaya (4 - 8 Ogos 2017)
  • Toyota Gazoo Racing (TGR) Racing Festival Stadium Batu Kawan Stadium, Pulau Pinang (12-13 Ogos 2017)
  • Bilik pameran Toyota Subang Jaya (16-22 Ogos 2017)
  • Mid Valley (23-27 Ogos 2017)
  • Sunway Pyramid (4-10 September 2017)

Berita Harian X