Jumaat, 12 Oktober 2018 | 3:28pm
GAMBAR fail, banjir kilat di Jalan Jepun, Kg Delek Kiri, Klang. - Foto ihsan Pembaca

Beberapa kawasan di Selangor dinaiki air

SHAH ALAM: Hujan lebat berterusan sejak malam tadi hingga pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di beberapa daerah di Selangor dinaiki air.

Menurut Smart Selangor Command Centre (SSCC), daerah berkenaan ialah Petaling, Sepang, Kuala Langat, Klang dan Kuala Selangor.

“Di daerah Petaling, antara kawasan yang terjejas adalah Jalan Hamzah, Jalan Paip, Kampung Budiman, Jalan Mat Raji, Kampung Padang Jawa, dan Jalan Merbau.

“Bagi daerah Kuala Selangor pula, antara yang terjejas ialah Kampung Bukit Kuching; Kampung Tengah; Kampung Parit Mahang; Kampung Harmoni, Ijok; Kampung Baru, Sungai Buloh; Jalan Alias 1, Batu 8, Kampung Ijok; Jalan Parit Tengah dan Jalan Robinson.

“Kawasan terjejas lain ialah Daerah Sepang (Kampung Cemperai dan Kampung Sri Tanjung; Daerah Kuala Langat (Jalan Masjid Batu 9; Teluk Panglima Garang; Jalan Rajawali; dan Jalan Sukepi) dan Daerah Klang (Jalan Kenangan dan Jalan Benteng),” menurut kenyataan SSCC.

Dua pusat pemindahan dibuka iaitu Surau Nurul Sham, Jalan Merbuk Batu 9, Kebun Bharu di Kuala Langat membabitkan 16 mangsa manakala pusat pemindahan di Masjid Attaufiqiyah Desa Coalfields menempatkan seramai 27 mangsa.

403 dibaca
Berita Harian X