Khamis, 11 Oktober 2018 | 9:24pm
KEADAAN banjir di sekitar Titi Gajah, Anak Bukit dua hari lepas. - Foto Ihsan APM

Bilangan mangsa banjir di Kedah berkurangan

ALOR SETAR: Bilangan mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 238 orang daripada 79 keluarga berbanding 299 mangsa daripada 100 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Setar dan Pendang.

Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 8.15 malam ini, sebanyak dua PPS masih dibuka di Kota Setar dan satu di Pendang.

Di Kota Setar, 111 mangsa membabitkan 35 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah manakala 88 mangsa daripada 33 keluarga ditempatkan di PPS SK Gunung

Di Pendang, PSS Dewan Serbaguna Pendang yang dibuka petang semalam kekal dengan 39 mangsa daripada 11 keluarga.

Di Baling, PSS Dewan Risda Tanjung Pari, PSS Dewan Orang Ramai Banggol Derom dan PSS Surau Kampung Seri Ketengga ditutup sepenuhnya selepas semua mangsa pulang ke rumah masing-masing.

195 dibaca
Berita Harian X