Sabtu, 13 Januari 2018 | 11:31pm
SEBAHAGIAN mangsa banjir di Kampung Baru Jemari dipindahkan ke PPS Sekolah Agama Pengkalan Batu, Mersing. - Foto Mohd Sah Muda
SEBAHAGIAN penduduk Orang Asli Labong yang dipindahkan ke PPS SK Labong Endau. - Foto Mohd Sah Muda

Banjir: 1,245 mangsa di Johor ditempatkan di PPS

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Segamat, Mersing dan Kota Tinggi terus mencatatkan peningkatan apabila seramai 1,245 mangsa daripada 322 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata setakat jam 10 malam, sebuah PPS baharu di Mersing iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Mersing Kanan, dibuka bagi menempatkan 170 mangsa daripada 41 keluarga.

Katanya, seramai 103 mangsa daripada 22 keluarga dipindahkan di empat PPS Segamat, selain 1,111 mangsa daripada 293 keluarga dipindahkan di lapan PPS Mersing, dan 31 manga daripada tujuh keluarga di PPS Kota Tinggi.

"Tiada perubahan yang direkodkan bagi jumlah mangsa di Segamat dan Kota Tinggi iaitu masih sama 60 mangsa daripada 16 keluarga di Segamat, manakala 31 mangsa daripada tujuh keluarga di Kota Tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ayub berkata, sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa dan pemantauan berterusan akan dijalankan oleh agensi berkaitan dan pejabat daerah.

307 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »