Jumaat, 11 Ogos 2017 | 9:18am

Banjir landa Melaka Tengah

MELAKA: Lima kawasan di daerah Melaka Tengah dinaiki air mencecah kira-kira satu meter susulan hujan lebat berterusan dari jam 2 pagi hingga 6 pagi tadi.

Setakat ini, kawasan dilapor terjejas ialah Kampung Batu Hampar, Kampung Pulau Kelapa, Kampung Sungai Putat, Taman Bukit Beruang Bistari dan Taman Merawi Bukit Beruang.

Ketua Sekretariat Jabatan Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali, berkata dua pusat pemindahan dibuka iaitu di Balai Raya Peringgit dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munsyi Abdullah.

"Kita masih mengemas kini bilangan mangsa banjir," katanya di sini, sebentar tadi.

7778 dibaca
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meredah kawasan banjir di Kampung Sungai Putat, Melaka susulan hujan berterusan selama empat jam bermula jam 2 pagi tadi. - Foto Ihsan APM
KEADAAN kawasan bandar Melaka yang dinaiki air selepas hujan lebat sejak 2 pagi hingga 6 pagi tadi di Jalan Masjid Kampung Hulu. - Foto Rasul Azli Samad
KEADAAN sebahagian kawasan bandar Melaka yang dinaiki air berikutan hujan lebat sejak 2am hingga 6am pagi. - Foto Ihsan Pembaca
KEADAAN sebahagian kawasan bandar Melaka yang dinaiki air berikutan hujan lebat sejak 2am hingga 6am pagi. - Foto Ihsan Pembaca
Berita Harian X