Jumaat, 11 Mei 2018 | 2:16pm

Muhyiddin menghadap Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, di Istana Pasir Pelangi jam 11.48 pagi tadi.

Pertemuan itu bagi membincangkan pelantikan Menteri Besar baharu dan memohon perkenan pembentukan Kerajaan Negeri Johor di bawah pentadbiran PH.

Pakatan Harapan akan menyerahkan tiga nama sebagai calon Menteri Besar kepada Sultan Johor untuk dipertimbangkan, susulan titah Sultan Ibrahim supaya PH memberikan tiga nama untuk jawatan Menteri Besar Johor.


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini - Foto Royal Press Office

Kehadiran pemimpin utama Pakatan Harapan Johor itu dirakamkan jurugambar dan wartawan yang menunggu di laluan masuk istana itu pada jam 11 pagi tadi.

Turut kelihatan, Tunku Mahkota Johor (TMJ ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang menaiki kenderaan rasmi memasuki Istana Pasir Pelangi, Johor pagi tadi.

6538 dibaca
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini - Foto Royal Press Office
Berita Harian X