Selasa, 24 April 2018 | 1:18pm

Lebih 50 peratus muka baharu calon BN Perak

IPOH: Lebih separuh daripada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kira-kira satu pertiga calon Parlimen di Perak adalah muka baharu, seorang menteri digugurkan manakala lapan penyandang DUN tidak dicalonkan semula.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, ketika mengumumkan calon BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Zambry turut mengesahkan desas-desus sebelum ini apabila bertanding di dua kawasan iaitu mempertahankan DUN Pangkor dan bertanding di Parlimen Lumut.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II yang juga Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan tidak dicalonkan semula bagi Parlimen Tanjung Malim.

Tempatnya akan diisi oleh EXCO kerajaan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, yang berpindah dari kerusi DUN Chenderiang yang akan ditandingi oleh calon baharu iaitu pegawai khas Dr Mah, Chong Shin Heng.

Bekas Setiausaha Kerajaan negeri yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, menepati ramalan banyak pihak sebelum ini apabila bertanding di Parlimen Parit Buntar.

Sementara itu, bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang mengumumkan persaraan dan melepaskan semua jawatan politik sebelum ini, terus diberi kepercayaan untuk mempertahankan Parlimen Tambun.

Semua menteri dan timbalan menteri lain kekal mempertahankan kerusi masing-masing didahului oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen Bagan Datuk; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz (Padang Rengas); Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut); Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong (Teluk Intan).

Dua timbalan menteri dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi dimenangi pada PRU-13 adalah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri M Saravanan (Tapah).

Dua lagi timbalan menteri yang tewas pada PRU-13 dan dicalonkan semula bertanding di kerusi sama adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri SK Devamany (Sungai Siput) dan Timbalan Menteri Kewangan II yang juga Naib Presiden MCA, Datuk Lee Chee Leong (Kampar).

Sementara itu, dua penghulu antara muka baharu dicalonkan di DUN iaitu Shahrul Nizam Razali (Kuala Kurau) dan Mohamad Zuraimi Razali (Manong).

SENARAI NAMA CALON BN PERAK:

Parlimen

  • P.064 Ipoh Timor

    Kathleen Wong Mei Yin

  • P.065 Ipoh Barat

    Dr. Cheng Wei Yee

  • P.066 Batu Gajah

    Leong Chee Wai

  • P.067 Kuala Kangsar

    Datin Mastura Mohd Yazid

  • P.068 Beruas

    Pang Chok King

  • P.069 Parit

    Datuk Mohd Nizar Zakaria

  • P.070 Kampar

    Datuk Lee Chee Leong

  • P.071 Gopeng

    Datuk Heng Seai Kie

  • P.072 Tapah

    Datuk M Saravanan

  • P.073 Pasir Salak

    Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

  • P.074 Lumut

    Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

  • P.075 Bagan Datuk

    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

  • P.076 Teluk Intan

    Datuk Seri Mah Siew Keong

  • P.077 Tanjong Malim

    Datuk Dr Mah Hang Soon

DUN

  • N.24 Hulu Kinta

    Datuk Aminuddin Md Hanafiah

  • N.25 Canning

    Liew Kar Tuan Baru

  • N.26 Tebing Tinggi

    Tony Khoo Boon Chuan

  • N.27 Pasir Pinjing

    Kai Cheong

  • N.28 Bercham

    Low Guo Nan

  • N.29 Kepayang

    Chang Kok Aun

  • N.30 Buntong

    Thangarani Thiagarajan

  • N.31 Jelapang

    Thankaraj a/l Krishnan

  • N.32 Menglembu

    Wong Kam Seng

  • N.33 Tronoh

    Yuen Chan How

  • N.34 Manong

    Mohamad Zuraimi Bin Razali

  • N.35 Bukit Chandan

    Maslin Sham Razman

  • N.36 Pengkalan Baharu

    Datuk Abd Manap Hashim

  • N.37 Pantai Remis

    Ho Kean Wei

  • N.38 Astaka

    Teng Keek Soong

  • N.39 Belanja

    Khairudin Abu Hanipah

  • N.40 Bota

    Khairul Shahril Mohamed

  • N.41 Malim

    Nawar Chang Gwo Chyang

  • N.42 Keranji

    Daniel Wa Wai How

  • N.43 Tualang

    Sekah Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi

  • N.44 Sungai Rapat

    Datuk Hamzah Kasim

  • N.45 Simpang Pulai

    Liew Yee Lin

  • N.46 Teja

    Chang Chun Cheun

  • N.47 Chenderiang

    Chong Shin Heng

  • N.48 Ayer Kuning

    Datuk Samsudin Abu Hassan

  • N.49 Sungai Manik

    Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

  • N.50 Kampong Gajah

    Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin

  • N.51 Pasir Panjang

    Datuk Rashidi Ibrahim

  • N.52 Pangkor

    Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

  • N.53 Rungkup

    Dato Shahrul Zaman Yahya

  • N.54 Hutan Melintang

    Datuk Khairuddin Tarmizi

  • N.55 Pasir Berdamar

    Kong Sun Chin

  • N.56 Changkat

    Jong Datuk Mohd Azhar Jamaluddin

  • N.57 Sungkai

    Datuk Elango Vadil Veloo

  • N.58 Slim

    Datuk Khushairi Abd Talib

  • N.59 Behrang

    Datuk Rusnah Kassim

3217 dibaca
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (sembilan dari kanan) dan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (sepuluh dari kanan) bergambar dengan calon BN bagi kerusi Parlimen pada majlis Pengumuman dan Penyerahan Watikah Calon BN Perak bagi PRU-14 di Dewan Serbaguna Kediaman Menteri Besar Perak, Ipoh. - Foto L Manimaran
Berita Harian X