Isnin, 17 Julai 2017 | 5:18pm

DAP terima surat dari ROS hari ini

KUALA LUMPUR: DAP hari ini menerima pemberitahuan rasmi dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan pari itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Biro Guaman Kebangsaan DAO Gobind Singh Deo menerusi laman Twitter dan Facebook rasminya.

Katanya, DAP sudah menerima pemberitahuan rasmi berhubung keputusan daripada ROS melalui surat, pagi tadi. 

"CEC DAP akan berjumpa Rabu ini bagi membincangkan kandungannya dan kenyataan akan dikeluarkan selepas itu, " katanya dalam status yang dimuat naik pada jam 3 petang, hari ini. 

Jumaat lalu, Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah, berkata pemilihan semula CEC baharu adalah bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

738 dibaca
Berita Harian X