Jumaat, 23 Jun 2017 | 10:41am

Rakan bekas pemimpin Korea Selatan dipenjara tiga tahun


Choi Soon-sil. - Foto REUTERS

SEOUL: Rakan bekas pemimpin Korea Selatan, Park Geun-hye yang menjadi dalang dalam skandal pengaruh hingga menjejaskan perniagaan dan elit politik negara itu, dijatuhi hukuman tiga tahun penjara, kata agensi berita Yonhap hari ini.

Pendakwa raya meminta hukuman penjara tujuh tahun untuk Choi Soon-sil atas tuduhan mengganggu perniagaan dan dikaitkan dengan bekas presiden itu bagi memaksa sebuah universiti memberi keistimewaan kepada anak perempuannya.

Ia adalah keputusan pertama dikenakan terhadap Soon-sil, yang berdepan tuduhan berasingan menerima suapan untuk Geun-hye daripada konglomerat perniagaan.

Mahkamah belum menjatuhkan hukuman bagi pertuduhan itu. - Reuters

245 dibaca
Berita Harian X