Selasa, 12 September 2017 | 1:48pm
PELAKON kanak-kanak, Mia Sara Nasuha. - Foto Instagram Mia Sara

Mia Sara tawakal duduki UPSR

KUALA LUMPUR: Pelakon kanak-kanak, Mia Sara Nasuha, 12, mengaku berdebar-debar menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula semalam.

Bagaimanapun, Mia berdoa dapat menduduki peperiksaan itu dengan baik hingga Isnin ini.

"Semalam, saya habiskan kertas Bahasa Melayu (BM) Pemahaman dan BM Penulisan. Hari ini pula Bahasa Inggeris (BI) Pemahaman dan BI Penulisan. Berdebar rasanya.

"Tetapi saya berserah kepada Allah selepas bekerja keras membuat ulang kaji," katanya kepada BH Online.

Ditanya caranya belajar, antara lain Mia membuat ulang kaji melalui Astro Tutor TV kerana lebih mudah.

"Selain membaca buku, saya lebih gemar menggunakan konsep belajar sambil menonton TV. Ia memberi pengalaman berbeza daripada belajar cara biasa.

"Ia lebih menarik dan saya boleh memberi fokus yang baik kerana tidak membosankan," katanya.

Selain aktif dalam lakonan drama, Mia pernah membintangi filem Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi, Papa I Love You dan Lagenda Budak Setan 3: Kasyah.

6109 dibaca
Berita Harian X