;
Rabu, 16 Mei 2018 | 8:18pm
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Tiada lagi soal siasat hingga awal pagi - PM

PUTRAJAYA:Kerajaan memberi jaminan mana-mana pihak yang ditangkap bagi siasatan kes membabitkan keselamatan negara termasuk rasuah dan jenayah tidak akan lagi disoal siasat sehingga awal pagi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketika pemerintahan kerajaan sebelum ini, individu yang ditahan disoal siasat sehingga jam 4 atau 5 pagi sehingga menimbulkan unsur penderaan.

"Saya ingin menjelaskan unsur penderaan dan sebagainya, tidak boleh diadakan. Mereka perlu disoal semasa munasabah dan bukannya pada 4 pagi atau 5 pagi atau disimpan dalam bilik gelap.

"Banyak cerita yang ditangkap dan dikenakan pelbagai jenis dera. Kalau ada kematian, kita akan adakan inkues seperti di bawah undang-undang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika di bawah kerajaan sebelum ini, keselamatan negara dikenakan di mana segala tahanan orang awam yang dibuat tidak akan dihadapkan ke mahkamah dan kalau mereka mati, tidak akan ada inkues.

8489 dibaca
Berita Harian X