Jumaat, 8 September 2017 | 12:38pm
DATUK Azhar Abdul Hamid dilantik sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang baharu. - Foto NSTP

PM umum Azhar sebagai Pengerusi FGV

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Azhar pernah menjadi Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad; Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd; Pengerusi Tradewinds Corporation Bhd dan Pengarah Urusan Kumpulan Malakoff Corporation Bhd.

"Saya yakin dengan pengalaman luas yang dimilikinya, beliau akan dapat menerajui FGV dengan cemerlang, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya dapat diterjemahkan dengan harga saham FGV yang lebih kukuh," katanya menerusi satu kenyataan akhbar.

9894 dibaca
Berita Harian X