Ahad, 13 Ogos 2017 | 7:15pm
ANAK lembu berkepala dua yang menggemparkan penduduk Kampung Paloh Chicha. - Foto Ihsan pembaca

Anak lembu berkepala dua

TUMPAT: Seorang penternak lembu terkejut apabila haiwan ternakannya itu melahirkan seekor anak berkepala dua, di Kampung Paloh Chicha, di sini, semalam.

Pemilik lembu, Syukri Muhamad, 45, berkata lembu betinanya menunjukkan tanda ingin melahirkan anak sejak dua hari lalu.

"Melihat keadaan lembu peliharaan saya yang semakin lemah dan khuatir ia mati, saya terpaksa menyembelihnya untuk menyelamatkan anak lembu dalam kandungan.

"Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati anak lembu seberat 15 kilogram itu berkepala dua," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, bagaimanapun anak lembu berkenaan juga gagal diselamatkan.

Beliau menganggap kejadian sebagai tanda kekuasaan Allah.

Berita Harian X