Ahad, 13 Ogos 2017 | 5:35pm
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan sidang media sempena Program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Pas Peringkat Negeri Selangor di Auditorium MBPJ, Petaling Jaya. Turut serta, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Adun Sabak, Sallehen Mukhyi (kiri) dan Setiausaha PAS Selangor, Abdul Halim Omar (kanan). - Foto NSTP/ Zulfadhli Zulkifli

'PAS terima penjelasan, bukan setuju'

PETALING JAYA: PAS menegaskan ia berpuas hati dengan penjelasan isu pelan rasionalisasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun ada perkara tidak dipersetujui parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu menerima baik penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, berhubung mengenai hutang dan pelan rasionalisasi 1MDB, hasil sidang meja bulat baru-baru ini.

"Kita tahu mengenai 1MDB dan apa pilihan yang mereka ada untuk menyelesaikan isu ini. Justeru, kita berbincang, dengar dan berpuas hati dengan penjelasan mereka.

"Ada beberapa perkara dalam pelan rasionalisasi 1MDB yang kita tidak setuju. Kita cadangkan aset 1MDB dipantau oleh Parlimen manakala Jawatankuasa Suruhanjaya Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat isu 1MDB," katanya pada sidang media, di sini, petang ini.

Terdahulu, Tuan Ibrahim menggulung perbahasan Resolusi Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS bersama 1,300 ahli parti di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

1694 dibaca
Berita Harian X