Ahad, 7 Oktober 2018 | 12:19am
ANGGOTA bomba memadam sisa kebakaran sebuah lori dan kereta yang terbabit kemalangan di Kilometer 255.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora di sini pagi tadi. - NSTP/L Manimaran

Polis cari waris mangsa rentung

KUALA KANGSAR: Polis sudah mengenal pasti lima mangsa yang rentung dalam kemalangan membabitkan treler dan kereta di Kilometer 255.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora di sini, pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Ahmad Adnan Basri, berkata mereka yang terkorban adalah empat dewasa dan seorang bayi.

“Setakat malam ini, disahkan kesemua pemandu dan penumpang kereta yang terbakar akibat berlanggar dengan treler pagi tadi (semalam) meninggal di tempat kejadian.

“Mangsa yang mati adalah empat dewasa dan seorang bayi yang kesemuanya berbangsa Cina.

“Usaha mengesan waris mangsa masih diteruskan oleh pegawai penyiasat trafik bagi mendapatkan butir-butir lengkap kesemua mangsa yang maut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, bedah siasat akan dijalankan pagi ini di Hospital Kuala Kangsar oleh doktor dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

“Maklumat lanjut akan menyusul sebaik pegawai penyiasat perolehi nant dan pemandu treler yang terbabit kemalangan itu ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

3037 dibaca
Berita Harian X