Selasa, 17 April 2018 | 7:51pm
KEMALANGAN membabitkan dua buah kenderaan di hadapan PPR Pekan Batu di Jinjang Selatan, tengahari tadi. - Foto NSTP

Myvi 'terbang'

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta Perodua Myvi 'terbang' dan menghempap sebuah lagi kereta model sama dalam kemalangan di Jinjang Selatan, di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu menyebabkan iga individu cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

Renjer Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zul-Atfi Abdul Wahid Amin, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Myvi hilang kawalan, merempuh penghadang jalan dan masuk ke laluan bertentangan.

"Ia kemudian menghempap sebuah lagi kereta model sama. Sekurang -kurangnya tiga individu cedera dalam kemalangan itu," katanya ketika dihubungi.

Zul-Atfi berkata, kemalangan turut menyebabkan kesesakan di jalan itu, namun berjaya dikawal sepenuhnya oleh anggota polis trafik bertugas.

"Lalu lintas mula bergerak lancar selepas kedua-dua kenderaan yang terbabit kemalangan dialihkan," katanya.

7345 dibaca
Berita Harian X