Rabu, 14 March 2018 | 6:56pm
Indera Alok, 25 yang dilaporkan hilang. - Foto Erika George

Polis rayu bantuan kesan OKU

BINTULU: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mencari lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan tidak pulang ke rumah, sejak Isnin lalu.

Bimbang sesuatu yang buruk menimpa, kakaknya membuat laporan kehilangan adiknya, Indera Alok, 25, di Balai Polis Sentral Bintulu, pagi tadi.

Difahamkan, Indera adalah pemegang Kad Kurang Upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bintulu.

Indera keluar dari kediamannya jam 9.15 pagi, Isnin lalu dan gagal dikesan hingga hari ini.

Indera tidak dapat berjalan dengan sempurna kerana mengalami kecacatan kaki akibat kecederaan dalam pergaduhan.

Sehubungan itu, Pegawai Penyiasat, Sarjan Ahmad Amir meminta orang ramai yang ternampak atau mengetahui lokasi Indera supaya menghubungi beliau di talian 086-312531 atau datang ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

256 dibaca
Berita Harian X