Rabu, 14 March 2018 | 6:33pm

Bayi maut tertinggal dalam kereta

PORT DICKSON: Seorang bayi perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad, berkata dalam kejadian jam 9 pagi itu, ibu mangsa yang juga tenaga pengajar di kolej itu membawa bayi bersama ke tempat kerja.

Katanya, sebaik meletakkan kereta Proton Saga, beliau terlupa bayinya dibawa bersama dan tertinggal dalam kenderaan itu.

"Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada jam 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya tetapi malang anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri.

"Wanita itu membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson," katanya.

6515 dibaca
PEGAWAI polis forensik tiba di bilik mayat menyiasat kejadian bayi 2 tahun yang meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta. - Foto Hazreen Mohamad
KENDERAAN dipercayai seorang bayi perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta. - Foto PDRM
Berita Harian X