Jumaat, 9 Februari 2018 | 12:26pm

Sofi Jikan dibebaskan dengan jaminan polis

PETALING JAYA: Sofi Jikan dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini selepas ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan apabila didapati positif dadah jenis ganja.

Tempoh reman tidak akan disambung terhadap Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, yang keterangannya berhubung kes dadah diambil polis bermula Rabu lalu.

Pelakon itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.


Pelakon, Sofi Jikan di bebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya. - Foto Syarafiq Abd Samad

Terdahulu, Sofi tiba menaiki kereta peronda polis (MPV) di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira jam 10.10 pagi sebelum dibawa ke pejabat Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Difahamkan, Sofi masih berada di pejabay bagi proses jamin polis dan media sedang menunggu di luar pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.


Pelakon, Sofi Jikan di bebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya. - Foto Syarafiq Abd Samad

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada jam 11 malam Selasa lalu ketika hadir memberi keterangan berhubung dua laporan polis dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.

Dalam laporan polis itu, Farid Kamil mendakwa tiga rakan artisnya dikatakan meletakkan dadah dalam minumannya.

3910 dibaca
Pelakon, Sofi Jikan di bebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya. - Foto Syarafiq Abd Samad
Berita Harian X