Rabu, 6 Disember 2017 | 9:32am
Sebuah bas ekspres terbabit dalam kemalangan dengan dua lori di Kilometer 294.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Gopeng. - Foto ihsan Bomba
[9:27 AM, 12/6/2017] IsmailBHPlus: Anggota dan penyelamat berusaha membantu mangsa dalam nahas bas ekspres dan dua lori pagi tadi. - Foto ihsan Pembaca

14 cedera nahas bas, dua lori

bhnews@bh.com.my

GOPENG: Seramai 12 penumpang dan seorang pemandu bas ekspres cedera selepas bas dinaiki terbabit kemalangan dengan dua lori Kilometer 294.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Gopeng, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, melalui maklumat awal diperoleh dari jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) negeri, kemalangan membabitkan bas ekspres, lori kontena dan sebuah lagi lori membawa muatan kertas. 

Pemandu lori kontena juga mengalami kecederaan cedera selepas didapati tersepit di tempat duduknya.


Anggota dan penyelamat berusaha membantu mangsa dalam nahas bas ekspres dan dua lori pagi tadi. - Foto ihsan Pembaca

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.41 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan menjalankan kerja menyelamat.

"Anggota bomba membawa keluar pemandu lori kontena yang tersepit dan mengalami kecederaan sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan," katanya. 

Sementara itu, menurut Twitter PLUS, kerja-kerja mengalihkan ketiga-tiga kenderaan masih dijalankan dan lorong kiri laluan masih ditutup menyebabkan trafik perlahan sejauh kira-kira tiga kilometer (km).


Sebuah bas ekspres terbabit dalam kemalangan dengan dua lori di Kilometer 294.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Gopeng. - Foto ihsan Bomba

2701 dibaca
Berita Harian X