Jumaat, 13 Oktober 2017 | 6:55am
KEADAAN mangsa selepas menjalani pembedahan di Hospital Taiping. - Foto ihsan pembaca

Tangan kiri hancur masuk mesin tebu

GERIK: Tangan kiri seorang peniaga warga emas hancur selepas tersepit dalam mesin tebu, semalam.

Ketika kejadian jam 4.30 petang, mangsa, Abdul Majid Beran, 71, dari Kampung Bandariang di sini sedang berniaga di pasar malam kampung berkenaan.

Gambar keadaan tangan mangsa yang hancur dan berdarah menjadi viral dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa, berkata ketika kejadian mangsa sedang memasukkan batang tebu ke dalam mesin miliknya sebelum empat jari tangan kirinya termasuk ke dalam mesin bersama tebu sedang dimesin itu.

"Menyedari kejadian itu, isterinya segera mematikan suis mesin tebu berkenaan.

"Bagaimanapun, keadaan jari telunjuk mangsa patah manakala jari tengah dan jari anak hancur," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) dan menjalani pembedahan.

Katanya, keadaan mangsa dilaporkan stabil.

1128 dibaca
Berita Harian X