Khamis, 12 Oktober 2017 | 11:53pm
SEORANG pemandu kren maut dihempap set jana kuasa di sebuah tapak pembinaan pangsapuri di Taman Desa, Seputeh, petang tadi.
SEORANG pemandu kren maut dihempap set jana kuasa di sebuah tapak pembinaan pangsapuri di Taman Desa, Seputeh, petang tadi.

Maut dihempap jana kuasa

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu kren maut dihempap set jana kuasa yang sedang diangkat di tapak projek pembinaan pangsapuri di Taman Desa, dekat sini, petang tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Jamil Mahamad, 35, sedang mengangkat set jana kuasa itu menggunakan kren sekitar jam 5 petang.

Bagaimanapun, Jamil berhenti seketika apabila hujan lebat dengan membiarkan jana kuasa yang diangkat tergantung.

Dia kemudian turun dan berteduh di tepi kren sementara hujan reda.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Ramzan Muhammad, bagaimanapun kabel pengikat jana kuasa itu terputus menyebabkan jana kuasa itu jatuh menghempap sebahagian badan mangsa.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Beliau berkata, sebuah jentera bomba dengan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 5.24 petang.

"Ketika tiba, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai sudah meninggal dunia.

"Kita difahamkan, mangsa berseorangan ketika kejadian. Seorang pekerja yang berada di dalam kabin mendakwa terdengar bunyi seperti letupan dan sebaik keluar dia mendapati jana kuasa itu sudah terjatuh," katanya ketika dihubungi BH.

Beliau berkata, mangsa berasal dari Kampung Telok Kangar, Baling, Kedah.

2825 dibaca
Berita Harian X