Khamis, 14 September 2017 | 8:18am

Pusat tahfiz terbakar, lebih 20 terkorban

KUALA LUMPUR: Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.

Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian.

Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadian berkenaan.

271282 dibaca
SUASANA di perkarangan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Datuk Keramat susulan kebakaran yang mengorbankan lebih 20 nyawa.

Berita Harian X