Selasa, 15 Ogos 2017 | 12:07pm
MAYAT Suhaili Jali, yang dipercayai terjatuh dari titi yang disambungkan ke tongkang ditemui pada jam 11.22 pagi di Kuala Baram Miri. - Foto Ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat.
MAYAT seorang kelasi tongkang berusia 54 tahun ditemui di Sungai Baram. - Foto Ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat.

Kelasi tongkang lemas jatuh Sungai Baram

MIRI: Mayat seorang kelasi tongkang berusia 54 tahun ditemui di Sungai Baram, jam 11 pagi tadi selepas dilaporkan hilang petang Ahad lalu.

Mangsa, Suhaili Jali, yang tinggal di tongkang itu bersama beberapa pekerja lain dikatakan terjatuh ketika meniti jambatan masuk ke tongkang itu selepas keluar makan di gerai berhampiran.

Pegawai Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Lopeng, Terry Robson, berkata pihaknya hanya menerima panggilan mengenai kehilangan mangsa pagi ini dan melancarkan gerakan mencari.

"Sebuah bot digunakan dalam operasi itu," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa akan dihantar ke rumah mayat Hospital Miri untuk bedah siasat. 

362 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »