Isnin, 17 Julai 2017 | 12:33am

Lelaki muat naik kenyataan jelik ditahan polis

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai memuat naik kenyataan jelik terhadap Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan Institusi Diraja Johor di laman sosial Instagram.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata suspek berusia 25 tahun itu, ditahan petang tadi di Ampangan, Negeri Sembilan.

Katanya, suspek ditahan dengan bantuan Kontinjen Negeri Sembilan susulan laporan diterima pihaknya pada jam 6 petang tadi, berkaitan dengan penyalahgunaan laman media sosial itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan sekiranya disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya selain boleh didenda selanjutnya bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sbaitan," katanya dalam kenyataan hari ini.

1527 dibaca
Berita Harian X